Friday, November 18, 2011

khaleef & titi..an nye..

Masuk mgu kedua 10bln,khaleef aktif meniti ;-)
xkira bakul bj ke kerusi plastik ke.. d smping bjangkit2 antara 1 objek ke objek yg lain..
xlama dh ni...





Idea umpama hujan..

"Saya sering memikirkan peringatan-peringatan untuk disebut kepada rakyat jelata dan dilaksanakan di Kelantan. Kadang-kadang sedar tengah malam jika terlintas sesuatu terus ambil pen dan tulis. Idea ini umpama hujan yang turun, sewaktu ia turun kita perlu terus tadah jika ingin menggunakannya. Jika kita gagal menadah, ia akan kering begitu sahaja sekalipun ia turun dengan lebat. Jika menadah hujan dengan tempayan dan bekasnya, maka menadah idea ialah dengan menulis..."
~TG Nik Abdul Aziz Nik Mat

--hehe kdg2 pabila sy dpt idea time tjaga mlm BF khaleef, sy jg akn bgn taip dlm hp :D


Thursday, November 17, 2011

Sengau..

Lately start ajo khaireen Bacalah Anakku.. Dlu dh ajo tp x konsisten..
So, td smbil2 tgk tv ulangkaji yg smlm (bc sblm tdo around 1am..ish ish payah tul nk tdo khAireen ni)
n...a nnnaaaa na
n...I nnnniii ni
n...u nnnnuuuu nu

Awwww sengau nye rs idung ini..
Anyway, a very gud job khaireen!
Kipidap..
tgn pgg buku tp mata tgk tv.. xpela.. enjoy d leraning process :D

Yang paling...

Yg paling dekat dgn kita adalah "kematian".
Sebab kematian adalah PASTI adanya & tiap detik bisa terjadi.

Yg paling jauh dgn kita adalah “masa lalu".
Siapa pun kita, bagaimana pun kita dan betapa kayanya kita, tetap kita TIDAK bisa kembali ke masa lalu.
Sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yg akan datang.

Yg paling besar dari yg ada didunia ini ialah "nafsu".
Banyak manusia menjadi celaka karena menuruti hawa nafsunya. Segala cara dihalalkan demi mewujudkan impian nafsu duniawi karena itu kita harus hati-hati dgn hawa nafsu tsb.

Yg paling berat di dunia ini adalah "berjanji".
Hal yg gampang diucapkan tapi sulit dilakukan.

Yg paling ringan di dunia ini adalah "Meninggalkan Ibadah".

Yg paling tajam adalah "lidah manusia".
Karena melalui lidah, manusia dgn mudahnya memfitnah orang, menyakiti hati, melukai perasaan org dll.

(Imam alGhazali)
~someone's fb's status~


Wednesday, November 16, 2011

NO to Ego..

Dr mjlh Mami Baby
Hindari anak anda dari menjadi seorang yang ego…
● Biasakan anak untuk berkata “maaf” apabila dia menyakiti teman atau membuat kesalahan dan “terima kasih” apabila dia menerima sesuatu dari orang lain.
● Ketika melihat temannya jatuh dan menangis, ajar anak anda untuk mendekati dan membantu teman tersebut serta ajar anak untuk berkongsi dengan temannya.
Biarkan temannya meminjam mainannya saat mereka bermain.
● Ketika anak anda sedang memegang makanan, ajarkan dia untuk memberikan sebahagian kepada orang yang meminta atau menawarkannya pada orang lain.
● Beri pengertian bahawa memukul dan dipukul tidak akan menyelesaikan masalah, dan hanya menghasilkan rasa sakit.


Ohohoho blk kg.

Alkesahnya, lama dh plan (sblm ry hj) nk blk kg.. a.k.a "tubik pulla"..
-ry hj xdpt blk --> partner biz cuti coz ry pose depa keja i.e xcuti..
-pas ry hj --> konon nk kluo dr pulla.. Hmmm smpai la ke hr ni xkluo2 pn lg.. Hari bgnti hr.. Aku ttp sabo btanye "bila nk bk kg" @ "esok blk ke?" Knp terlalu beriya btanye?? Krn.. Cuti skoloh is d busiest day.. Extra busiest day ever for my hubby + LIMA 2011 this early dec.. Hrpn utk blk agak kelam..
-awl thn dpn --> hmmm rsnye xmau la ponteng skoloh khaireen awl sgt..br regist dh cuti??

@*** skrg ni, xkesAhla bila nk blk kg pn.. Aslkn blk.. Hmmm blehke kami 3branak naik flight? Leh handle ke? (Still thinking...)
Anyway, if blk ngn hubby + bkenderaan darat, leh mlgkau jauh sket (hehehhehehehe) antaranya::
-blk kg ~ perak + trg, for sure!!
@ leh ke pustaka abu hassan,bgn serai -- nk beli bbrp buah buku..
-ke KL ~ umah poknang
--# smbil2 tu leh ke::
@ iium--rindu sgt maaa
@ Nilai 3 -- xpnh smpai..
@ jln2 sekitar bbbangi -- window shopping nursing attire etc..
@ jupe kwn2.. Perhaps
@ putrajaya -- sj bw anak2 knl putrajaya.. Can visit SiL too..

Namun... Buat pe bcuti / g jln merata-riti sdgkn en hubby xtenteram minda,jiwa n sanubari dek tkenangkn keje (pelancong yg dtg xputus2).. Biarla kita bcuti dgn semua hati gumbira :D
Maka, ambe bkorban + redha je la.. Moga dkuatkn smgt.. Dpermudahkn sgl urusan..
Nnt dh naik feri.. Leh la nyanyikn ohohoohoho balik kg.. Hati girang.. :D


Tip IbuBapa pabila anak exam..

Tip utk ibubapa membantu anak2 hadapi exam termasuklah:
1. Ibubapa n anak jaga ibadah,
2. IB n anak solat taubat, hajat n istikharah
3. Suasana Rtangga yg aman- elak gaduh, marah2, elak jerit2, tutup TV, elak dengar muzik masa study
4. Jgn beri tekanan, pesan pd anak utk buat terbaik n IB redha dgn apa keputusan yg akan d dapati,
5. IB n anak doakan guru2 n kwn2 anak agar dpt berkat
6. IB berpuasa masa anak exam,
7. IB tahajud n doakan kejayaan anak,
8. IB lebih korban dgn beri peluang anak belajar tanpa minta bantuan drp mrk,
9. Pesan anak baca doa terang hati -- alfatehah, selawat, Doa Buka 12 Pintu, surah al Insyirah n doa2 penerang hati yg lain.
Moga berjaya, wassalam
~Dato' Dr Fadzilah Kamsah


Thursday, November 10, 2011

T.i.m.e for L.o.v.e


Make effort to reach home before the children go to bed. Spend time to listen to what they did at school today, look at their drawings & masterpiece. Do not ever forget to wear your smiles. Tell how glad you are to be safely home with them. Remember, the kids spell l.o.v.e with T.I.M.E!
-Dr. Harlina Halijah Siraj.. Surviving Tips for Parents #32


Doa supaya anak soleh&solehah

3 Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.
Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).

اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.
Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).

اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ.
Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.
~ from someone's fb's status...

**disamping doa2 lain... xsemestinya in arabic, Melayu pn bleh...


Panduan Mendidik Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
~xpnh lg merotan.. Hmm andai tjd karenah yg melampaui kesabaran,akn d rotan d telapak kaki.. Put it in MIND!

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
~hanan=penyayang.. Moga dia mjd seorg yg penyayang & moga org sekeliling jg menyayanginya..amiin
~khaleef=singktn utk khalifah..moga dsenangi org sekeliling

5). Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
~Alhamdulillah.. Xfail lg stkt ni

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
~yakin dgn psekitaran AMAT penting

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
~Alhamdulillah..senantiasa amalkn.. InsyaAllah hingga ke usia remaja mereka

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
~ingt ni!!

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
~f.a.m.i.l.y

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
~Ya Allah berikan kekuatan & kesabaran pd diriku yg lemah ini..

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
~will do

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
~Parents perlu ingt ni.. Ajar lbh dr 1x

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
~uhuhu mcm doll khaireen yg ilang 2tgn+2kaki..tp dia ttp syg..

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
~walau apa tjd d siang hr, dgn kenakalan & karenah mereka, kiss 'em gudnite & says "ummi loves u,ayah loves u & adik/kakak loves u too.."

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
~hmmm accept it = less stress

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

anak2 ummi syg...